Nabi kami yang sangat mulia

Shaykh Mohammad Nazim Adil Al-Haqqani An-Naqshbandi

Sohbah pada 26hb Juni 2012.

(Ini adalah do’a yang penuh hikmah dan nasihat, yang di baca oleh Sheikh Nazim, dalam bulan Sha’ban ini)

Wahai Nabi yang mulia! Nabi kepada sekalian Nabi! Yang paling indah, yang melambangkan Jamal/Keindahan Allah yang Maha Kuasa, iaitu Nabi kita yang mulia, Muhammad Mustafa (saws). Apapun yang di tulis atau di lakukan diatas namanya, adalah makbul/diterima. Apapun yang tidak ditulis, yang tidak di lakukan, untuk namanya, di tolak. Maka berdo’alah dengan munajat/do’a yang telah di sebut oleh Nabi (saws). Apapun do’a yang kamu mempersembahkan dari Baginda, ia akan di terima.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami, wahai Tuhan ku yang Maha Indah. Wahai Tuhan kami, demi kemuliaan Kekasih Mu, Nabi (saws) kurniakan kami kesihatan dan kekuatan supaya kami dapat beribadah dan mengabdikan diri kami, sebagai hamba Mu. Janganlah kami hidup tanpa tujuan. Kami ingin berjalan di atas jalan KekasihMu, jalan perhambaan ikhlas kepada Mu, wahai Tuhan kami. Kami bergembira di dunia kerana Baginda dan kami akan berbahagia buat selama-lamanya bersama Baginda di akhirat.

Wahai Nabi yang mulia! Kurniakan kami Shafa’ah mu dan belas kasihan mu. Kami adalah Ummah yang lemah sekali. Kirimkan kepada kami, hamba-hamba mu yang suci, dari warisatul anbiya, untuk membimbing kami ke jalan yang lurus dan benar. Semoga Allah menjauhkan kami dari mereka yang lupa kepada Allah dan RasulNya. Semoga Allah menjadikan kami, hamba-hambaNya yang suci, kami memohon untuk kurnia ini demi kemuliaan KekasihNya.

Wahai Nabi yang Mulia! Selamatkan kami dari dibebani dengan bebanan yang berat! Utuskan seorang Pemimpin yang akan menghapuskan awan-awan kegelapan/zulumat yang telah meliputi Ummahmu – datangkanlah al-Mahdi kepada kami! Supaya beliau akan menguasai dari Barat ke Timur, dan menaikkan panji-panji Islam. Wahai Allah, wahai Allah, wahai Allah, Tuhan ku Yang Maha Indah! Dia yang melambangkan keindahan Mu, adalah KekasihMu (saws). Wahai Tuhan, bukan sahaja satu alam, malahan sejuta alam di kurbankan untuk yang Engkau Kasihi (saws). Baginda mencukupi buat seluruh alam-alam itu – KekasihMu, Muhammad Mustafa (saws).

Wahai Nabi yang mulia, kirimkan kepada kami al-Mahdi, yang dapat tunjukkan kami jalan yang benar! Semoga beliau, yang akan menunjukkan kami cara-cara Mu yang amat indah, beliau yang telah di sebut oleh Kekasih Mu – al-Mahdi, pasti akan muncul! Dengan khidmat dan pertolongan al-Mahdi (as), seluruh dunia akan di sucikan. Semoga Allah menempatkan kami dalam golongan hamba-hambaNya yang suci. Semoga Dia memelihara kami dari golongan yang sesat. Semoga Dia mengirim kepada kami, Pemimpin yang akan membimbing mereka yang sesat – al-Mahdi (as).

Wahai Tuhan kami, Tawba Ya Rabbi, tawba Astaghfirullah. Penderitaan manusia adalah di sebabkan ego/nafsu mereka sendiri. Makna “dari nafsu mereka sendiri”, adalah, mereka mentaati shaitan. Penderitaan manusia adalah disebabkan mereka mentaati shaitan, bukan dari selain itu. Jangan ikut jejak shaitan; hiduplah dengan aman damai. Maka dunia dan akherat mu akan bahagia. Apabila kamu menataati shaitan, kamu tidak akan memiliki dunia dan akherat. Semoga Allah memelihara kami dari shaitan. Semoga Allah menempatkan kami bersama hamba-hambaNya yang dikasihiNya, Fatiha.

Sultan segala Sultan adalah Nabi (saws) kami. Salam kepada Baginda demi kemuliaannya. Ahli dunia dan ahli langit mengirim selawat dan salam ke atas Baginda. Jika Allah (swt) yang Maha Kuasa, mengirim selawat ke atas KekasihNya dan menghormati Baginda, tidakkah kami juga mesti berbuat begitu? Jika kami lupa kepada Baginda, kami juga akan di lupakan. Tawfiq/Kejayaan adalah dari Allah yang Maha Kuasa, Fatiha.

Ini adalah hanya seperti setitik dari sebuah lautan. Semoga Allah memelihara kami dari tergelincir dari jalan Nabi (saws), dan semoga kami sentiasa berada dibawah panji Baginda. Fatiha.

Video link: http://saltanat.org/videopage.php?id=4267&name=2012-06-26_tr_SanliNabi.mp4


This entry was posted in Suhbah Maulana Shaykh Nazim dalam Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.