Arahan-arahan untuk bulan Zulkaedah

Sheikh Mohammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi,

Suhbah pada tanggal

17hb September 2012.

Perintah-perintah buat bulan Suci Zulkaedah, yang pertama adalah mengenai kaum wanita, Allah (swt) telah berfirman dan memerintahkan dalam Kitab Suci Al-Qur’an:

وَقَرۡنَ فِىۡ بُيُوۡتِكُنَّ

“Wa Qarna Fi Buyutikunna”(33:33)

(Dan menetaplah di rumah masing2)

Jika mereka engkar, mereka akan ditimpa kemurkaan Ilahi, kemurkaan Ilahi akan menimpa kaum wanita. Kaum wanita mesti menetap dalam rumah masing-masing! Inilah perintah Ilahi kepada kaum wanita: “Dan menetaplah di rumah masing2″(33:33). Yang engkar, maka akan ditimpa kemurkaan Ilahi, penderitaan mereka tidak akan ada akhirnya malahan tiada antara mereka yang akan terselamat di dunia maupun di akherat

Ya Rabbi, kurniakan atas kami agar kami di golongkan di antara mereka yang mendengar nasihat, yang menta’ati dan sentiasa bersyukur padaMu, serta memuji Nabi (saw) dan mengikuti Nabi (saw). Ribuan puji-pujian atas Beliau (saw) di dunia dan di akherat.

Kaum lelaki, selepas Solat Isyak, mesti berada di rumah masing-masing. Tak diterima dalam Shariah, bagi kaum lelaki, selepas Ishak, untuk berada di jalan-jalan raya. Tidak! Kemurkaan Allah (swt) akan menimpa atas mereka sesiapa jua yang mengengkari perintah ini. Mereka yang telah selesai tugasnya dan menerima rezekinya, walaupun sedikit – yang diberi Allah (swt) buatnya, digunakan seperlunya buat keluarga dan dirinya.

Terutamanya adalah di larang keras bagi Umat Muslim untuk merokok, ia adalah perbuatan yang haram hukumnya. Jika mereka merokok, pertama sekali kesihatan mereka akan terjejas. Kedua, ianya akan menjejas ekonomi keluarga mereka. Tiada apa-apa hasil kebaikan dari perbuatan ini kerana mereka berbelanja berlebihan dan tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah (swt) dan mereka menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan mereka menta’ati arahan-arahan shaitan. Berhentilah dari merokok dan dari mengambil dadah. Jangan keluar dari rumah-rumahmu selepas waktu Ishak.

Inilah arahan-arahan untuk kamu semua. Jika kamu menentang atau membantah, atau menuduh bahawa kata-kata Sheikh adalah palsu, kemurkaan Allah (swt) akan menimpa mu. Kemurkaan Allah’s (swt) akan menimpa mereka yang berbuat demikian sebanyak tujuh times, Naudhu Billah! Fatiha.

Transcript of video: http://saltanat.org/videopage.php?id=5271&name=2012-09-17_ar_DhulQiida.mp4


This entry was posted in Suhbah Maulana Shaykh Nazim dalam Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.