Shaykh Raja Ashman berada di Maqam Arba’en! Maulana Shaykh Nazim menjelaskan

Shaykh Raja Ashman adalah satu daripada 40 Abdal (Wali2 yang tertinggi)!

Shaykh Mohammad Nazim Adil Al-Haqqani An-Naqshbandi, Sohbah pada 1hb Mei 2012.

SH RAJA e1336130153709 Shaykh Raja Ashman berada di Maqam Arbaen! Maulana Shaykh Nazim menjelaskan

Pada waktu Almarhum Raja Ashman (semoga Allah merahmati ruh beliau) mangkat, keadaan kesihatan Maulana belum begitu stabil, untuk diberitahu berita yang amat menyedihkan ini.

Hari ini, Hj Bahaa mengambil keputusan untuk memberitahu bapanya bagi mendapatkan rahmat/baraqah darinya, untuk tahlil hari keempat puluh (Arba’een) buat Almarhum. Tetapi sebelum dia beritahu bapanya, Maulana memberitahu Hj Baha satu berita dan mendedahkan padanya dan buat kami semua, maqam Shaykh Raja Ashman.

Haji Baha memulai dengan berkata, “Baba, kamu tahu Raja Ashman…”

Maulana dengan pantas menjawab, “…Beliau kelihatan di Sham!”

Maulana: Mereka (Rijalul ghaib) beritahu saya yang beliau (Almarhum) tiada lagi di negerinya.

Sh Bahaa: Beliau berjalan menuju ke Akhirat.

Maulana: Disini (Sham) beliau diberitakan dilihat! Beliau ialah seekor Naga. Katakan seperti ini kepada kedua ibu dan bapanya, beliau adalah milik kami. Beliau akan kembali bersama Mahdi (as). Beliau salah seorang daripada empat puluh wali2.

Sh Bahaa: Alhamdulillah.

Maulana: Saya tidak katakan yang serupa buat kamu sahaja, (tetapi untuk pengetahuan semua).

Sh Bahaa: Minggu hadapan adalah Arba’een beliau (hari ke empat puluh kemangkatan beliau). Kami akan pergi/hadir (di KL) jika ada keizinan (dari mu).

Maulana: Pergilah! Beritahu mereka di sana akan perkara ini. Beritahu mereka,mereka akan melihat beliau apabila Mahdi (as) datang kelak. Beliau telah menghilangkan dirinya (buat sementara waktu). Beliau tidak ditempat dimana Beliau dimakamkan. Mereka telah membawanya ke tempat Tok Temung. Saya tahu. Di kawasan lembah, di lingkungan hutan. Saya tahu.

 

IMG 2151 1024x768 Shaykh Raja Ashman berada di Maqam Arbaen! Maulana Shaykh Nazim menjelaskan
Maqam Tok Temung di Perak

Sh Bahaa: Saya tahu juga tetapi saya mahu katakan/luahkan dengan jelas sekarang ini.

Maulana: Saya sudah menyangka, sewaktu kamu kata mahu ke tempat yang agak jauh buat sehari-dua.

Sh Bahaa: Jika Baba tidak tahu, siapa lagi yang akan mengetahui? Saya?

Maulana: Padahal kamu mengetahui! Dengan segera saya memberi salam dan bertanya apa yang telah terjadi.

Sh Bahaa: Baba, kamu terus buat siasatan?

Maulana: Sudah tentu, untuk melihat apa yang telah terjadi. (Raja Ashman telah berkata kepada saya) katanya,”Tempat ini(dimana beliau berada sekarang) lebih tinggi/mulia dari kerajaan dunia.” Beliau akan datang dengan Mahdi (as). Beliau melangkah ke alam barzakh, tanpa di soal! Beliau adalah Naga yang menelan (segala kejahatan2/musuh2 agama)!

Sh Bahaa: Saya memberitahu mereka untuk menulis gelaran, “Sultanul Quloob” ~ Sultan yang menawan hati2 manusia, di Maqamnya.

Maulana: Sultanul Quloob?

Sh Bahaa: Adakah ia bagus, sebagai satu gelaran? Adakan ianya bagus?

Maulana: Ok.

Sh Bahaa: Adakah ianya sesuai buat Beliau?

Maulana: Beliau memang begitu sejak dari mula lagi, sejak sewaktu pertama kali beliau bertemu saya di London. Saya perhatikan beliau. Saya duduk di atas kerusi, sementara beliau duduk di bawah, di atas lantai.

Mereka bertanya,”Adakah kamu mengenali beliau?” Saya menjawab, “Siapakah beliau?” Mereka menjawab, “Beliau adalah anak seorang Sultan.” Saya menjawab “Bagaimana kamu boleh biarkan anak Sultan duduk disitu, sungguh memalukan!”

Dengan segera mereka membawanya untuk duduk di atas. Beliau duduk di atas, dan hatinya telah mula tertarik dengan tariqah ini. Beliau bukan dari golongan orang biasa. Bukan, bukan, beliau sekarang adalah pemerhati/penjaga di alam sana (akhirat). Mereka (Rijal Allah) berkata beliau kelihatan muncul di Sham. Mengapa tidak mungkin? Jika beliau jalan setapak, beliau boleh muncul di Malaysia juga dan mereka di sana semuanya, akan menjadi gempar. Jadi tidak ada keizinan untuk beliau ke sana. Beliau sekarang bersama Murshid2 kami (Talian Emas), maka jangan khuatir. Beliau diantara empat puluh para awliya diatas, di Arba’een. (Huuuuu), Beliau boleh sampai kesana, mereka yang suci, yang mulia (akan dapat mencapai maqam itu).

Ada yang berbisik ke telinga saya, tetapi saya tidak ambil peduli semua itu dan bila kamu kata akan pergi ketempat yang jauh untuk beberapa hari, saya tidak berkata apa2pun. Hanya tiga orang yang nampak saya di sana, di Perak. Mereka sayang dan menghormati kita di sana, di Perak. Beliau (Almarhum) akan dapat dilihat. Beliau adalah dari golongan Raja2. Beliau akan menjadi Sultan di sana, tetapi beliau tidak peduli itu semua dan tidak ada yang dikatakan “kematian”, buat mereka yang ghaib, mereka yang tidak dapat dilihat telah mengambil beliau (dari alam yang fana’ ini).

Beritahu kepada Sultan (Perak), agar beliau bertenang. Jika Sultan (Perak) benar2 mahu, saya boleh hantar Beliau (Almarhum) kepadanya.Tanyakan kepadanya,”Mahukah saya hantarkan anakanda nya?” Katakan,”Jangan gundah sama sekali”.

Sh Bahaa: Dan masha’Allah, Sultan (Perak) berniat, dan dengan penuh semangat, dengan (YAM) Raja Muda, untuk meneruskan Tariqah ini disana. Mereka mengumumkan disana, “Tariqah ini adalah milik kerabat diRaja Perak, secara zahir dan juga secara kerohanian.”

Maulana: Amat menakjubkan ~ ini adalah dari kehebatan/kekuasan beliau (Almarhum).

Sh Bahaa: Dan mereka mengumumkan, “Anakanda kami (Almarhum) telah membawa Shaykh Effendi kesini, Beliau membawa Tariqa ini ke negeri ini, jadi kami akan pastikan ianya diteruskan dan berkembang.”

Maulana: Saya akan tunjukkan beliau (Almarhum) kepada bapanya dan juga kepada (YAM) Raja Muda. Mereka adalah dari golongan yang suci, juga dari keturunan Sulala Al Tahira, Ahl Al Bayt. Ibunda beliau tidak putus2 menangis.

Sh Bahaa: Ibundanya terlalu sedih dan saya kata padanya sebutlah “SubhanimAllah, SultanimAllah, Nabim Muhammad, Alayhi Salam”. Beliau berkata, “Alangkah indahnya, melodi nya juga sungguh merdu”. Beliau rasa lega dan tenang sedikit.

Maulana: Ada terdapat banyak perkara (rahsia), tetapi siapa yang tahu semua itu? Ada seorang yang berkata, “Beliau ada kelihatan di Sham.” Saya kata “Beliau di Sham, mungkin ada tugas yang perlu dilakukan disana.” Diusia saya ini, saya hanya dapat duduk disini sahaja, apa lagi yang dapat saya lakukan? Mereka bertanya “Apa yang saya buat?” dan saya menjawab “Saya menyumpah/mengusik mereka yang datang dan pergi.” Dari siapa kamu dapat keizinan? Dari Bahauddin. (Maulana bergurau/bercanda) Apa yang dapat kita buat? Jadi akhir sekali, pergilah (ke KL)!

Sh Bahaa: Kami akan kesana. Dan juga jemaah disana, mereka berkata: “Saya mengingatkan mereka pada Almarhum.

Maulana: Sudah tentunya.

Sh Bahaa: Dan mereka meminta izin agar saya benarkan mereka untuk teruskan dalam sesuatu urusan bagi pihak Almarhum.

Maulana: Kamu diberi izin. Kamu diberi ijaza – diberi izin juga.

Sh Bahaa: Saya beri bay’at bagi pihak Maulana.

Maulana: Beri! Berilah Bay’at.

Sh Bahaa: Mereka semua datang dan saya beri Bay’at di maqam Almarhum.

Maulana: Kamu beri Bay’at secara percuma? (Maulana bergurau/bercanda lagi)

Sh Bahaa: Ya, percuma tapi bila kami kesana nanti, tidak lagi! (bergurau)

Maulana: Bawa beg bersamamu, “Sesiapa yang mahu mengambil bay’at perlu isi beg ini dahulu.” Saya pasti akan buat mereka tertawa. Dan ini (Tasbeeh hijau sepanjang 500 biji kepunyaan Maulana)…

Sh Bahaa: Masha’Allah.

Maulana: Berikan pada Bunda Almarhum. Beliau akan dapat alihkan perhatian beliau dengan tasbeeh ini. Tasbeeh ini sangat cantik.

Sh Bahaa: InsyaAllah, Raja Eleena juga mahu kemari dan menziarahi Maulana.

Maulana: Bagaimana isteri dan anak2 Almarhum?

Sh Bahaa: Mereka baik Alhamdulillah, mereka sangat sabar.

Maulana: Beritahu isterinya, beliau (Almarhom) akan kelihatan. Sahibul Waqt akan muncul. Beliau sekarang diantara para Raja2. Jadi apabila Sultan Abdullah (II dari Jordan) muncul, mereka juga akan muncul. Banyak perkara sedang berlaku tetapi tiada siapa yang menyedari, dan kami hanya duduk disini dan menyumpah sesiapa sahaja yang datang.

Sh Bahaa: Kelihatannya begitu, banyak perkara yang terjadi, tiada siapa yang mengetahui (apa2 dengan tepat).

Maulana: Terdapat banyak perkara, anakku. Almarhum mengawal seluruh Asia tenggara. Adakah Sultan Brunei datang (ke upacara pengkebumian Almarhum)?

Sh Bahaa: Beliau berada di Istanbul, datang dan terus pergi.

Maulana: Adakah Beliau ke majlis pengkebumian Almarhum?

Sh Bahaa: Beliau tidak dapat hadir ke majlis itu. Mereka mengkebumikan Almarhum dengan cepat tanpa menunggu apapun lagi.

Maulana: Mereka mengambil Beliau dengan pantas.

Sh Bahaa: Segala2nya berlaku dengan tiba2.

Maulana: Dia di ambil dengan cepat.

Sh Bahaa: Ibunda Beliau berkata, “Selama 25 tahun, saya tidak menyedari apa yang dilakukan anakanda ku. Hanya baru kelmarin, saya sedar dia telah lakukan sesuatu yang sungguh hebat selama hidupnya.”

Maulana: Ibunda beliau sangat kuat, Affarin.

Sh Bahaa: Ya, Sultan (Perak) juga sangat kuat. Adinda Almarhum berkata, Sultan (Perak) kelihatan bertambah kuat.

Maulana: SubhanAllah. Bila mereka ambil beliau dan membawanya ke tempat lain, Beliau (Almarhum) mulai memberi kekuatan kepada familinya.

Sh Bahaa: Raja Muda yang tersangat sedih.

Maulana: Moga beliau tidak takut dan khuatir. Tiada apa yang dapat menyakiti Beliau (Almarhum). Alhamdulillah wa kafa.

Sh Bahaa: Alhamdulillah ‘Ala Salama Sayyidi.

Maulana: Almarhum rebah sebelum sempat keluar dari pintu kamarnya?

Sh Bahaa: Ya, dirumahnya.

Maulana: Kelihatannya seperti itu beliau diambil, dengan pantas.

Sh Bahaa: Ya, begitu cepat sekali.

Maulana: Mereka membawanya ke alam lain dengan cepat.

Sh Bahaa: Ya, beliau juga tidak sedari.

Maulana: Beliau kini bersama mereka yang ghaib, tiada dinamakan kematian disana. Mereka akan dapat melihatnya bila Mahdi (as) muncul. Beliau akan dilihat. Beliau akan memperkenalkan dirinya dan identiti beliau. Daulat Tuanku! Beliau sekarang mempunyai kekuatan sejati, Alhamdulillah. Beliau sekarang sangat kuat, sungguh kuat. Kekuatan beliau sungguh ajaib. Mereka semua merupakan orang2 pilihan, yang terpilih dan yang dikumpul bersama. Fatiha buat Beliau. Bacakan buat Beliau. Ini merupakan satu petanda akan adanya banyak perubahan ketika Beliau diambil. Beliau jadikan saya suka bergembira, saya cukup terkejut dengan keadaan saya, sehingga saya suka mengusik-usik mereka yang datang kemari! (Maulana bercanda/bergurau lagi)

Video link: http://www.saltanat.orang/Blog/tabid/271/PostID/654/Raca-A-man-K-rklar-Makam-nda-Raja-Ashman-In-Maqam-Al-Arbaeen-tr.aspx


This entry was posted in Suhbah Maulana Shaykh Nazim dalam Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.