Shaykh Mohammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshibendi,
Sohbat pada 6hb Julai/Juli 2012.
Inilah pesanan-pesanan dari malam tadi: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, selepas malam Bara’at, mereka (para-para wali) tidak mahu sesiapapun dari negara-negara Eropah, untuk menziarahi Lefke. Dan sesiapapun yang berada di sini, mesti segera pulang. Ini adalah arahan-arahan yang terkini. Semua mesti menjalankan tugas masing-masing di rumahnya, di tempat masing-masing. Tiada keizinan lagi untuk datang ke sini.
Tidak pasti apa yang akan terjadi sehingga Ramadan. Jika sesuatu terjadi, mereka mungkin akan terkandas di sini dan terpisah dari keluarga. Mereka tidak akan sanggup memikul beban itu. Sesiapa yang berada di sini dari negara-negara Eropah, pulanglah. Tiada lagi izin untuk sesiapapun yang mahu kemari dari negara-negara Eropah, sehingga ada arahan yang baru. Tiada izin untuk tinggalkan kediaman atau keluarga mereka. Tiada izin untuk membawa anak-anak mereka ke sini. Tiada keperluan untuk kemari lagi, tiada keperluan sehingga aidil Adha/Hari Raya Haji, tiga bulan dari sekarang. Tiga bulan – apa yang di takdirkan akan berlaku, tetap akan berlaku, dan sesiapa yang selamat, maka selamatlah dia!
Maka sesiapa yang berada di sini dari Eropah mesti membuat persiapan untuk pulang segera hujung minggu ini dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Tiada izin untuk sesiapa pun dari Eropah ke sini lagi, mereka tidak dapat memikul bebannya. Mustahil mereka dapat memikulnya! Maka, inilah arahan terkini untuk mereka. Penduduk Turki juga mesti kembali ke tempat masing-masing. Tiada izin untuk mereka kemari. Tidak perlu. Mereka mempunyai mashaikh di sana, yang akan memelihara mereka. Semua orang memang mahu ke sini jika ada peluang, tetapi sekarang pintunya telah tutup. Kamu faham?
Mereka akan merasakan kekosongan (jika mereka kemari), kerana ia akan membebankan mereka. Mereka tidak akan membebankan saya, tetapi mereka akan membebankan diri masing sendiri. Pulanglah ke rumah masing-masing! Mungkin terjadi peperangan sehingga mereka terpisah dari keluarga mereka. Mereka tidak akan punya tempat untuk berlindung. Dan mereka akan kebingungan. Arahan ini di terima pada malam Bara’at. Beliau berkata, “Jangan izinkan sesiapapun berada di sini, melainkan orang-orang tempatan. Setiap tamu mesti pulang ke tempat masing-masing, sehingga akhir Eid (Adha). Selepas Eid, jika tiada apa yang terjadi, mereka boleh menziarahi (ke Lefke) untuk mera’ikan Hari Raya/Lebaran. Jika tidak, sehingga akhir Ramadan, tiada izin untuk bergerak dari tempat masing-masing. Jika mereka berada di sini, dan famili mereka berada di sana, mereka akan kesedihan.”
Shukur kepada Allah, kedatangan tamu tidak membebankan saya, tetapi merekalah yang akan rasa terbeban. Walau seluruh Turki kemari pun, itu tidak membebankan saya. Mereka akan makan apa yang ada di sini. Tetapi penduduk Eropah mesti berada di tempat masing-masing. Sampaikan pesanan ini!
Dari hari Isnin ini, atau pun esok (7hb Julai/Juli 2012), penduduk-penduduk dari negara-negara Eropah, yang berada di sini, mesti membuat persiapan untuk pulang dengan segera. Mereka tidak di izinkan berterusan di sini dan tidak juga di izinkan kemari lagi. Kawasan ini adalah kawasan yang merbahaya. (Jika tercetus peperangan) mereka tidak akan menemui jalan pulang jika mereka masih berada di sini. Maka tetaplah kamu semua di kediaman mu bersama famili-famili mu. Jika dapat, berpindahlah ke kawasan pendalaman. jangan berdiam di bandar-bandar. Ini juga adalah arahan untuk di ikuti.
Orang-orang tempatan Cyprus tidak perlu (berpindah), kami tidak mencampuri urusan peribadi mereka, itu bukanlah tugas kami. Bagi orang-orang Cyprus, inilah rumah mereka. Mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Tetapi pintu telah ditutup kepada semua tamu-tamu dari luar, ujar Beliau. Semua orang mesti menjalankan wiridnya, tugasnya, di tempat masing-masing. Tidak perlu kemari untuk berada di sini. Sudah mencukupi selama ini (dergah ini di buka)! Tiada izin lagi untuk orang-orang Eropah kemari! Orang-orang Turki juga mesti berada di tempat sendiri. Mereka boleh ke dergah-dergah di daerah mereka sendiri.
Jika Sham telah dibebaskan, arahan baru akan di beri. Jika Sham bebas, masih ada waktu. Tidak perlu ke sini, tetapi ke Sham pula! Mereka di beri izin untuk ke Sham. Wahai ahli/penduduk Sham, tetaplah di tempat mu, jangan gentar. Inilah arahan yang telah saya terima. Kunci pintu-pintumu dan berlindung di dalam rumah mu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi (saws): “Sesiapa yang memasuki rumahnya dan mengunci pintunya, berada dalam keselamatan”. Semoga mereka di Sham tidak gentar! Bertetaplah di rumahmu, bentangkan tikar sembahyang mu dan bertasbihlah tiada yang dapat menyentuhmu. Taatilah arahan ini, ramai para-para awliya di sana akan bertanggungjawab untuk keselamatan mu. Inilah pesanan-pesanan untuk rakyat Sham.
Arahan-arahan untuk rakyat Mesir berlainan. Penduduk Mesir tidak di benarkan berkeliaran ke mana-mana, melainkan ke mesjid, baik laki-laki maupun perempuan. Jika kaum wanita keluar dari rumah-rumah mereka, mereka akan bertanggungjawab keatas apa yang akan menimpa diri mereka. Kaum wanita mesti menutupi aurat mereka – jangan mengizinkan diri mereka di pandang oleh sesiapapun. Mereka mesti berlindung dalam rumah yang berkunci. Aman Ya Rabbi.
Arahan ini khusus bagi penduduk Eropah. Orang-orang Eropah, India, Iran, sesiapa pun yang berada di sini, inilah perintah buat mereka, supaya mereka semua pulang. Dergah ini hanya mengalu-alukan kedatangan mereka yang memang tinggal di sini sahaja (iaitu orang-orang tempatan dari Cyprus), ia tidak lagi menerima tamu dari luar negeri. Sesiapa yang punya hajat, boleh ke Hala Sultan Hz (Maqam Umm Hiram di Larnaka, Cyprus). Mereka tidak boleh ke sini lagi. para-para wali yang berada di sini tidak akan bertanggungjawab lagi ke atas tamu-tamu yang kemari. Mereka (para-para wali) akan tinggalkan mereka, supaya orang-orang Lefke akan belajar dari kesilapan mereka. Maka semua mesti pulang ke negeri masing-masing. Ini adalah perintah! Hanya penduduk Cyprus punya perintah yang berlainan (iaitu, mereka masih boleh datang ke dergah di Lefke).
Kami berlindung dengan Allah. Apa yang akan terjadi selepas ini, tidak di ketahui. Mereka mesti ke kawasan-kawasan pendalaman. Mereka mesti kesana sekarang, jangan berada di kota-kota, larikan diri dari kota-kota. Arahan ini adalah terutama untuk mereka yang menginap di dergah dan datang dari luar negeri. Mereka semua mesti bersedia untuk pulang, mulai esok (7hb Julai/Juli 2012). Kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak – semua orang di sini, pulanglah, tidak perlu berada di sini lagi. Pergi ke dergah di negeri mu. Tidak perlu berada di sini lagi. Memang kami punya kebolehan untuk memberi makan, walau kepada penduduk seluruh dunia. Bukan itu yang saya khuatiri, tetapi ia adalah kerana beban yang mereka tidak akan dapat memikul.
Penduduk Mesir tidak di beri izin untuk keluar dari rumah masing-masing. Mereka mesti bertetap di rumah, atau berpindah ke kawasan pendalaman. Mereka patut berpindah ke kawasan pendalaman. Keadaan sekarang sangat merbahaya! Negeri Mesir dalam bahaya besar! Sham memang telah tenggelam dalam lembah bahaya. Turki pun dalam bahaya. Jangan ke Istanbul, rakyat Istanbul mesti berpindah dari sana, dan pulang ke kampung-kampung asal mereka. Jika tidak, mereka akan binasa. Ini adalah perintah-perintah para-para wali yang memikul bebanan kerohanian kawasan itu (Istanbul). “Jika penduduk Istanbul tidak berpindah, sembilan puluh lima peratus dari mereka, akan binasa,” ujar Beliau. Jika mereka tidak mendengar nasihat ini, mereka akan binasa.
Beginilah keadaan dunia sekarang (yang kacau bilau). Dari Eropah, Amerika, atau dari manapun mereka berasal, kembalilah ke rumah masing-masing! Tiada izin untuk kemari, mereka (para-para wali) tidak mahu menerima tamu di sini sekarang. Tetaplah di rumahmu dan amalkan amalan-amalan Naqshbandi mu. Tidak perlu untuk sesiapapun kemari lagi. Inilah arahan yang di ilhamkan ke hati saya, pada pagi selepas malam Bara’at. Kami tidak pernah jatuh miskin atau menjadi tak berupaya selama ini, shukur kepada Allah. Kami mampu (untuk menerima tamu), dengan kurnia Allah yang Maha Kuasa, tetapi arahan terkini adalah supaya “setiap tamu pulang ke rumah masing-masing.” Di manapun kamu berada, tinggikan panji-panji tariqah Naqshbandi dan jangan gentar.
Penduduk Mesir tiada izin untuk keluar dari rumah mereka. Mereka tidak di izinkan berkeliaran, terutama pada waktu malam. Duduk di rumah, tutup rapat pintu-pintu dan tingkap/jendela, dan padamkan lampu. Dalam setiap rumah, mesti ada seorang lelaki. Penduduk Istanbul mesti berhijrah ke kawasan-kawasan pendalaman, ke kampung-kampung. Jika tidak, mereka akan binasa. Kami tidak mencampuri urusan mereka. Tidak ada bahaya bagi orang-orang lama seperti kamu (Hj Feridun, yang berasal dari Istanbul), tetapi pendatang-pendatang (dari kampung-kampung di luar Istanbul) semuanya berada dalam bahaya.
Waktunya sangat hampir. Sohibul Waqt hampir muncul. Yang di takdirkan terjadi, pasti terjadi. Akan terjadi peperangan dan kebinasaan. Inilah berita penting yang saya diberitahu – orang-orang Amerika, Eropah atau dari manapun mereka berasal, mereka tidak boleh datang kemari, semua mesti pulang. Dergah ini ditutup sehingga Eid al-Adha.
Simpanlah bekalan makanan di rumah-rumah mu. jangan izinkan sesiapapun untuk mengetahui jika ada lelaki atau wanita dalam rumahmu. Tutuplah pintu-pintu mu, kuncilah dari luar, dan jangan keluar dari rumah mu (selepas di kunci). Bacalah Ayatul Kursi sekeliling rumahmu, tujuh kali dan kamu tidak akan di sentuh. Allahumma salli ala…Ya Rabbi, Engkau Maha Besar. Ya Rabbi, Engkau Maha Besar.
Ini sangat penting – setiap tamu mesti pulang sekarang! Buat persiapan dan bergerak mulai esok (7hb Julai/Juli 2012). Orang-orang Turki juga, pulanglah ke tempat asalmu. Walau satu tamu pun tidak diizinkan berada di sini. Saya akan menutupi tempat ini, ini adalah arahan supaya tempat ini di tutup dan setiap tamu meninggalkannya. Penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan ini, boleh datang ke dergah ini bila-bila masa, tetapi tamu-tamu dari luar negeri tidak di beri izin, tiada izin lagi untuk kemari.
Ada juga wanita yang datang kemari tanpa lelaki (mahram). Tidak boleh lagi begitu. Kaum wanita, walau di kampung kediaman mereka sendiri, tidak di izinkan keluar rumah atau di lihat! “Undang-undang Tentera” dari langit, telah turun, Hj Feridun. Semoga Allah melindungi. Selain dari sesiapa yang berada bersama kami di sini, tiada yang di beri izin untuk menetap di sini. Kamu memahami? Wa min Allah at-tawfiq, Al Fatiha.
Sebarkan berita pengumuman ini. Ia berkuat kuasa mulai esok (7hb Julai/Juli 2012). Setiap orang dari negara Eropah mesti pulang. Semoga mereka dan kami berada dalam keselamatan “Keluarlah! Keluarlah dari Istanbul! Jangan menetap di Istanbul!”- ini adalah perintah. Ia akan berlaku dalam enam bulan. Maka, moyang saya, yang telah di beri berita ini berkata, “Saya tidak mahu berada di Istanbul atau di Turki, saya akan ke Cyprus, di kawasan terbuka”. Mereka sangat hebat, fahaman mereka sangat mendalam, mereka memahami. Allahu Akbarul Akbar! Allahu Akbarul Akbar! Wahai Tuhan kami, kami sangat lemah. Kami sangat lemah, wahai Tuhan. Fatiha.
Semoga Allah melindungi mu. Jalan mereka di Sham telah sampai ke penghujungnya, yang lain akan binasa. Mereka tidak dapat menyerang kami di sini, dari sana. Jalannya telah di tutupi. Mereka akan dapat maju hingga ke Jordan sahaja, tetapi tidak seterusnya. Jika mereka maju seterusnya, saya sendiri akan uruskan mereka! Memang saya tidak dapat berjalan, tetapi saya dapat menangani mereka! Aman yang Rabbi!
Sesiapapun yang telah di beri izin sebelum ini untuk menziarahi atau menetap di sini, selepas Malam Bara’at, semua izin di batalkan, sehingga situasi di Timur Tengah pulih kembali. Beradalah di rumahmu, bersama Allah, dan Dia akan memelihara mu. Ok anakku, teruskan tugas mu.
Tamu: Terimakasih! Allah merahmati mu. Saya sangat gembira dengan berita ini.
Video Link: http://saltanat.org/videopage.php?id=4342&name=2012-07-06_tr_InstructionsFromBaraat.mp4