Sheikh Mohammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi,
Suhbah pada tanggal 19hb Oktober 2012.
…”Ya Kareem”, itu mencukupi. Surah al-Fatiha mampu menggenggam dan melempar dunia ini. Kami tidak benar2 sedar/mengerti keadaan kami yang sebenarnya. Kami tidak benar-benar memahami keadaan kami sendiri. Ia berkata, “Jangan membaca Surah al-Fatiha hanya untuk keuntungan dunia sahaja.” Katakanlah, “Aku serahkan ia dalam jaga’an Ashab al-Nawba.”
Bacalah Surat al-Ikhlas sekali, dengan niat agar ia menjadi sumber kekuatan kerohanian buat kami. Ini adalah arahan yang terbaharu sekali. Ini adalah dari Azamat/KebesaranNya, AzamatAllah. Aman ya Rabbi, tawba ya Rabbi. Walau sebahagian kecil dari kebesaran ini, lebih berharga/dinilai dari dunia, walau dikumpulkan seluruh isi dunia ini. Apa yang kami kehendaki/inginkan bagimu, adalah agar kamu berjuang dengan sungguh-sungguh untuk menegakkan kalimat-kalimat suci Allah. Naikkan panji agama, sampaikan nasihat yang benar, jangan takut kepada sesiapapun dalam menjalankan tugasmu, tiada yang dapat membinasakanmu. Siapapun yang menentang mu, katalah kepada mereka, “Aku serahkan urusan ini kepada Ashab al-Nawba”.
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Beritahu mereka, “Ucapkan tujuh kali Basmala Sharif.. dan mulakan perjalanan mereka.” Sangat menakjubkan, kini tajalli telah berubah, Hj Mehmet. Sangat menakjubkan. Saya sangat segan dan malu sekali, saya segan untuk berdo’a, “Bantulah aku supaya dapat berdiri dan bergerak.” Bagaimana dapat aku meminta demikian? Wahai Rasulullah (saw), Wahai Habeebullah (saw)..
Dunia, dunia… Allah Yang Maha Berkuasa dapat meletakkan bumi ini di atas sebuah atom (zarrah). Allah adalah yang bersifat Qadir al-Muqtadir. Bukan sahaja bumi ini, tetapi seluruh alam ini, Allah Yang Maha Berkuasa dapat meletakkan ia di atas sebuah atom (zarrah) Al-Muqtadiru. Sewaktu GrandSheikh mengajar aku makna-makna Asma al Husna (Nama2 Suci Allah), beliau berhenti di Nama Suci Allah, al- Muqtadir, kerana beliau tidak dapat menerangkan kehebatan Nama itu, tidak dapat menjelaskan dengan perkataan-perkataan yang mudah di fahami. Alhamdulillah, kini penjelasan Nama itu telah sampai kepada kami – iaitu DIA Yang memiliki kekuasaan sehingga dapat melonggok satu billion alam di atas sebuah atom (zarrah). Allahu Akbarul Akbar, Ya Rabbi! Tiada batasan buat KebesaranMu. Tawba Ya Rabbi, tawba Astaghfirullah. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami, kami bershukur kepada Mu. Ilham ini sangat jelas, Hj Mehmet. Ia juga sampai ke hati mu. Sampaikankan and tulisnya.
Subhanim Allah Sultanim Allah. Nabim Muhammad Alayhi Salam. Fatiha untuk Umm Haram Sultan. Inspirasi ini sangat jelas, Sh Mehmet. Peliharanya dan perhatikan isinya dengan teliti. Sampaikan. Sebarkan atau buat salinan, jika kamu mahu. Jangan rasa bimbang. Allah Allah.. Allah, Allah, Allah. Allah, Allah. Subhanak Ya Rabbi.
Betapa indahnya Tuhan kami. Sejauh manakah telah kami menyaksikan keindahanNYA? Jika satu atom (zarrah) dari Keindahan NYA terbit, maka alam ini akan dipenuhi dengan kecantikan yang amat menakjubkan. Ajaib sekali! Allah Allah..Allahu Akbar. Para Wali-wali telah tenggellam dalam lautan kekaguman kerana pembuka’an/futuhat ini, wahai Hj Mehmet. Allah..
Saya segan untuk memohon, “Kurniakan kekuatan kepada tangan dan kakiku..” Saya segan sekali. Mereka yang berada di atasku bertanya, “Adakah ini tujuannya? Adakah urusan tangan dan kakimu yang menjadi tumpuan kami?” Maka saya menjawab, “Untuk menegakkan bendera Islam, bendera Syurgawi.. saya adalah manusia yang sangat lemah untuk melaksanakannya.” Fatiha.
Jika seorang dari insan-insan Suci menyepak bumi ini dengan kakinya, dia akan dapat mengeluarkan bumi ini dari peredaran /putaran/orbitnya, jauh sekali dari peredaran asalnya. Allahu Akbarul Akbar. Allahu Akbarul Akbar. Allah! Jika seorang Wali Allah menyepak bumi ini demikian… Semoga Allah mengampuni kami. Ampunkan kami, wahai Tuhan kami. Fatiha.
Shukur Ya Rabbi, Shukur. Futuhat/Pembuka’an demikian dari Sahibal-Zaman tidak pernah terjadi sebelum ini – Mahdi (as), Allahu Akbar.
Mereka yang berkumpul (di depan rumah Maulana) ini terasa sangat gembira. Mereka rasa bahagia. (Kedengaran suara-suara dari arah tingkap)
Sh Mehmet : Perayaan yang sungguh meriah sekali.
Maulana : Tidak mungkin terjadi begini jika perayaan ini di adakan di mesjid. Sungguh meriah! Saya turut rasa riang gembira. Kita tetap memiliki sifat “manusiawi”. Sifat-sifat kami adalah sifat-sifat yang patut bagi manusia, sifat perhambaan adalah sifat kami. Maka itulah setakat kebolehan kami. Kami sangat lemah. DIA Yang Qadir al-Muqtadir, adalah Tuhan kami.
Tetapi DIA akan membuka sekarang. Hadiah2/Kurnia2 Eid/Hari Raya/Lebaran sedang turun dari langit pertama, untuk perayaan Eid/Hari Raya/Lebaran. DIA akan memberi pembuka’an, DIA akan membebaskan Sham al-Sharif sekarang.
Dia adalah insan yang hebat sekali, dari Ishraqiyyun, (Sheikh) Adnan (Kabbani) al-Tahir Hz. Allahu Akbarul Akbar. Dan kami juga demikian, bagi kami juga…Ya Rabbi.. Allah shukur, Allah shukur…

Maulana Sheikh Nazim memuji Sheikh Adnan dalam Suhbah Eidnya, sebagai seorang Wali yang sangat hebat kekuatannya…
Transcript of video (dengan sarikata dalam bahasa Melayu): http://saltanat.org/videopage.php?id=4898&name=2012-08-19_tr_Varidat.mp4
Nota-nota dari Suhbah ini boleh didapati disini.