Shaykh mulakan muqaddimahnya dengan kesah bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab pada suatu hari berjumpa dengan kanak-kanak yang sedang bermain dengan seekor burung yang kakinya terikat dengan tali dan dibiarkan terbang seperti laying-layang. Oleh kerana perasaan belas ikhsan melihat burung yang tak dapat melepaskan dirinya itulah, maka Khalifah Umar Al-Khattab membeli burung itu dari kanak-kanak tersebut dan melepaskannya. Perbuatannya ini amat disenangi Allah sehingga semua amalan-amaln lainnya diterima Allah. Ini dikesahkan oleh para sahabat Saiyidina Umar yang mimpikannya setahun selepas ia dikebumikan, setahun selepas disoal oleh malaikat di dalam kubur.
Sebab itu kumpulan tareqat kami mengikuti amalan membebaskan burung pada masa-masa tertentu, misalnya pada sambutan Maulidur Rasul Sabtu lalu kumpulan kami telah membeli burung di Gunung Pulai Pontian sebab harga burung di sana RM2.50 seekor sedangkan di Singapura paling murah S$10.00. Mereka telah membebaskan 144 ekor burung pada pagi itu.
Para Auliah meganjurkan ibadah membebaskan burung sebab burung yang bebaskan sentiasa berzikir memuji Allah dan melaluinya mungkin Allah akan membebaskan kita dari apa jua penyakit, kususahan, musibah yang mendampingi kita.
Diriwayatkan juga bahwa Imam Ghazali sewaktu mengarang kitabnya pada malam Maulidur Rasul, tiba-tiba datang seekor lalat yang haus dahaga menghirup tinta dari tulisannya. Imam Ghazali membiarkan lalat itu minum hingga kenyang. Amalannya itu sangat dihargai Allah. Seperti yang kita maklum Imam Ghazali banyak mengarang kitab-kitab yang terkenal seperti Ihya Ulumuddin yang mengandungi 8 jilid. Maulana mengatakan kiranya lenyap semua kitab ugama di muka bumi cukuplah kitab Ihya Ulumuddin untuk merangkumi semua bidang permasaalahan agama. Banyaknya jumlah buku karangan Imam Ghazali sehingga Maulana berkata kiranya kita nak baca semua buku karangannya seumur hidup kita pun tak akan selesai.
Suhbah dimulakan dengan Al-Fateha.
Apabila kita berada dalam kumpulan berjama’ah, maka Allah melindungi kita semua, maka oleh itu selalulah kita berdo’a untuk keselamatan dan keampunan seluruh ummat Islam utuk memerima keselamatan dan keampunan untuk diri kita sendiri, sebagaimana do’a Rasulullah saw, “Ummati. Ummati!”
Malam mini merupakan malam penuh barakah sebab malam 7 hari selepas Hari Keputeraan baginda. Seperti yang kita ma’alum hari ke tujuh hari yang kita namakan anak, cukur kepalanya, timbang rambutnya supaya emas atau perak yang seberat rambutnya disedekahkan kepada fakir miskin, dikhatankan serta meng’aqiqahkan bayi itu. Rasulullah saw sendiri telah meng’aqiqahkan untuk dirinya 2 ekor kambing. Daging aqiqah seharusnya dimasak dengan tulangnya tidak dipatahkan.
Shaykh menyentuh sedikit tentang sejarah sewaktu Rasulullah masih kanak-kanak lagi dan mengikuti kafilah pamannya, Abu Talib ke Syam. Seorang pendita Nasrani telah melihat kumpulan awan yang sentiasa mengikuti kafilah Abu Talib. Pendita itu berjumpa Abu Talib untuk mengenali semua orang yang ada dalam rombongan kafilah itu. Ternyata insan yang dicarinya tidak ada. Abu Talib menerangkan ada lasgi seorang anak saudaranya yang ditugaskan mengembala unta-untanya. Pendita itu mendapatkan anak itu dan ternyata ada tanda-tanda kenabian seperti yang tercatat dalam kitab Taurah dan Injil pada anak saudara Abu Talib. Pendita itu menasihatkan pamannya supaya jangan bawa Muhammad ke Syam sebab dikhuatiri akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi yang akan kenal sifat-siftat nabi akan datang yang ada pada Muhammad. Pendita bagaimanapun menyatakan Muhammad tak akan mati di Syam tetapi akan wafat sebagai Rasulullah di racun oleh seorang perempuan tua Yahudi di Medina.
Dengan pengetahuan dari kitab-kitab mereka bahwa nabi akhir zaman akan dilahirkan di Mekkah, maka ramailah golongan kaum Yahudi yang datang bermastautin di Mekkah dan medina dengan harapan nabi yang terakhir akan lahir dari kalangan mereka.
Malam ini merupakan malam penuh barakah, diraikan oleh para malaikat dan auliah semesta alam dengan pujian-pujian dan sanjungan keatas Rasulullah saw. Malam ini kita bicarakan suhbah Maulana dari minggu yang lalu (yang tidak disampaikan kerana perayaan Maulid). Maulana memberi gambaran kita hidup seperti di atas pentas. Di pentas dunia kita mencari nama, kemasyhuran, kekayaan, ramai peminat serta berbangga-bangga dengan status yang semakin meningkat, pada hal sewaktu diperut ibu kita hanya bersendirian dan dilahirkan dengan tak punya apa-apa. Kita juga lupa yang kita akan meninggalkan dunia ini dengan tak membawa apa-apa. Ingatlah firman Allah yang berbunyi, “Pada Hari yang tak berguna harta dan anak, kecuali kita menemui Allah dengan hati yang suci…..”
Seperti pelakon di atas pentas ada yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk pujian dan sanjungan penonton di bawah. Tidak seperti para nabi, kita semuanya mulakan hidup dengan banyak membuat dosa, banyak berlakon dengan berbagai peranan dan watak. Apabla kita sedar dari kekhilapan kita kita harus hentikan semua lakonan. Itulah maksud hadis yang berbunyi, “Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati.” Sampai saatnya kita harus berhenti dari berlakon, berbangga-bangga dengan apa yang sebenarnya BUKAN MILIK KITA! Kita mesti matikan diri kita dari segala ciptaannya sebab segala ciptaan Allah tidak boleh mendatangkan BERKAT atau LAKNAT! Tidak perlu lagi kita nak mengampu atau mencari pujian dari mereka. Kita lupa pada hakikat yang sebenar. Kita sangka majikan kita lah yang memberi rezeki. Bila sakit kita kata doktor lah yang mengubati kita. Kita lupa HAKIKAT YANG SEBENARNYA. Selagi kehidupan kita bergantung kepada ciptaannya, kita tidak akan bahagia.
Shaykh Abdul Kadir Jellani mengingatkat kita, apabila kita berdiri mengadap qiblat, hati kita mesti berqiblat kepada Allah! Pelajaran yang mesti kita fahami dalam perjalanan hidup ini ia lah di sebalik setiap ciptaan ada PENCIPTANYA! Ingatlah segala nikmat makanan dan minuman datang dari Allah. Apabila kita berpaling dari ciptaan maka hati kita akan berqiblat kepada Allah. Bila kita hentikan pergantungan kepada ciptaan kita akan mula bergantung kepada PENCIPTA! Bila kita menghentikan rindu dan kasih sayang kepada ciptaan, maka kita akan mula merindui dan kasih kepada Pencipta! Segala pujian atau cacian dari ciptaan tidak akan datang berkat atau mudarat kepada kita. Allah berkata Aku ciptakan tubuhmu untuk mu dan hatimu untukKu! Itulah pengertian „Matikanlah dirimu sebelum kamu mati!“
Apabila kita mati dan diusung ke kubur dari rumah, Allah akan bertanya, „Wahai anak Adam! Kau telah menghabiskan seluruh kehidupanmu untuk menghias dirimu. Pernahkah kau terfikir untuk menghias qalbumu untukKU? Aku tak pandang rupamu. Segala tubuhmu akan hancur ditelan bumi, kecuali hati yang suci akan menghadap Ku, sebagaimana firmanKu, „Pada hari yang tak berguna harta dan anak, kecuali kau menghadap Allah dengan hati yang bersih, dan Allah mendekatkan Syurga kepada orang-orang yang bertaqwa!“
Apabila ditanya apakah yang menaikkan kemurkaan Allah? Jawapannya ialah apabila Dia melihat ke hatimu, ada lain yang lebih kau cintai selain DIA! Shaykh Abdul Kadir Jellani selalu mengingatkan bahawa keruntuhan manusia adalah disebabkab kecintaannya kepada Dinar dan Dirham (Emas dan Perak)! Ramai yang berada di dalam kubur dengan seribu penyesalan kerana telah sepanjang hayat bertungkus-lumus mengumpulkan harta. Ramai yang mati dalam keadaan yang merugikan disebabkan mereka menghabiskan masa yang singkat di dunia ini (keseluruhan masa kita di dunia tidak lebih dari satu jam dalam kiraan masa di akhirat!) untuk mencari kekayaan, nama, pangkat, 3 ta (harta, tahta, wanita) – sentiasa berlagak dan berlakon untuk para penonton mereka di pentas dunia, mengharapkan pujian dari penonton berkenaan kereta mewah mereka, rumah baru mereka, kedudukan pangkat mereka seraya sentiasa mohon diperhatikan dengan laungan, „Lihatlah kekayaanku yang semakin bertambah, kehidupanku yang semakin mewah, rumah baruku yang semakin besar dan… dan seterusnya……!“
Ingat, kita sedang berhadapan dengan Allah yang tak perlukan itu semua. Dia hanya perlukan kita pulang kepadanya dengan Qalbun Salim (hati yang bersih), seperti firmanNya, „Wahai nafsu yang mutma’innah (jiwa yang tenang), kembalilah kepadaKU dalam keadaan redha dan diredhai…..“ Seluruh perjalanan hidup kita adalah untuk membersihkan hati kita, menerima dengan redha qada‘ dan qadar serta semua ketentuan Allah, pasrah dengan cubaan dan dugaan hidup. Amat sukar bagi seorang insan untuk menyatakan, „Ya Allah, aku terima dengan redha semua yang berlaku dalam hidupku sebab itulah ketentuan Allah yang terbaik untukku.“ Sangat sukar bagi seorang yang melihat bencana dan musibah yang melanda sambil mengatakan sangat baik sebab itulah ketentuan Allah. Lebih senang bagi insan untuk mengeluh, „Mengapakah ini semua berlaku? Apakah kesalahan yang telah dilakukan sehingga Allah turunkan bencana atau musibah ini? Soalan „kenapa“ atau „mengapa“ tidak wujud dalam kamus para auliah.
Diriwayatkan kesah sebutir berlian yang sangat berharga terjatuh ke bumi di Isatanbul. Ramai yang berjalan dan hanya menyepaknya seperti kaca yang tak berharga. Tiba-tiba datang seornag yang menyapu jalan itu dan mengutip kaca yang kelihatan berwarna dan menjualnya kepada sorang karang guni dengan harga sebatang sudu kayu. Pada waktu itu mempunyai sebatang sudu kayu sudah dianggap berprestasi sebab sebatang sudu kayu yang terletak di pinggang menandakan seorang itu sudah bersiap sedia untuk MAKAN! Karang guni tadi menjual berlian itu kepada seorang peniaga intan berlian yang memang tahu mutu berlian yang mahal itu dengan harga sepuluh dirham. Peniaga itu langsung menjual berlian itu kepada wazir dengan harga ratusan dirham. Wazir pula membawa berlian itu kepada sultan yang mengatakan batu berlian yang sangat berharga ini layak diletakkan di mahkota baginda. Menurutnya ceritanya mahkota itu sekarang berada di Muzium Topkapi di Turki.
Kesah ini menunjukkan bagaimana sebutir berlian mendatangkan faedah yang berbeza-beza kepada berlainan orang. Kepada kebanyakan orang berlian itu tidak mendatangkan sebarang manfaat sebab mereka hanya menyebak sesuatu yang disangka kaca biasa. Kepada seorang tukang sapu ia mendatangkan sebatang sudu kayu. Kepada orang karang guni ia mendatangkan 10 dirham. Kepada peniaga intan berlian ia menghasilkan ribuan dirham dan kepada wazir pula ia mendatangkan kedudukan istimewa dari sultan yang mungkin menghadiahkannya mermacam ganjaran termasuk pangkat dan sebidang tanah. Kesimpulannya sebutir berlian boleh mendatangkan TUAH yang berbeza-beza mengikut bahagian masing-masing.
Begitu juga pendekatan dari segi ugama oleh manusia. Ada orang yang menganggap pengetahuan agama tak mustahak dan tak kesah tentang perjalanan hidupnya. Ada yang hendak tahu lebih sedikit supaya jadi orang yang lebih alim. Ada yang menganggap perjalanan menuju Allah mustahak dan harus membuat sedikit persediaan untuknya. Ada juga yang yakin bahwa perjalanan menuju Allah paling mustahak dan sedar insan diciptakan untuk akhirat dan bukan untuk dunia. Nabi Isa mengajar pengikutnya bahwa kehidupan di dunia ibarat jembatan yang rosak. Lintasi jembatan itu dan jangan berusaha membaikinya. Kita tak punya waktu untuk berfikir tentang itu. Yang perlu ialah lintasinya dengan selamat. Matlamat hidup ialah kita kembali kepada Allah dengan hati yang suci bersih. Tak mengapa kalau kita tak terkenal di dunia. Tak payah susah kalau kita tak dihormati di dunia. Yang penting kita kembali kepada Allah dalam keadaan TAK TERCEMAR!!!
Sebab itu sangat mustahak bagi setiap diri mengalami transformasi qalbu – perubahan ke arah mensucikan hati sanubari selepas setiap kali menguti sesi Jumaat bersama kumpulan ini. Itu lah SEBAB utama mengapa kita dicipta. Nilai seorang insan akhirnya adalah mengikut apa yang dia usahakan, seperti firman Allah, “Dan tiada bagi insan, melainkan apa yang dia usahakan.” Ada manusia yang hidup seperti haiwan yang hanya mengikut nafsu. Mereka hanya semakin gemuk seperti binatang yang menanti penyembelihan. Apabila kita bertemu Allah dan ditunjukkan nilai kita sebenarnya, lebih berharga dari sebutir berlian sehingga para malaikat tunduk menghormati kita. Waktu itu kita akan menyesal kerana tak menjaga, malah membiarkan diri kita terjerumus dalam kehinaan dan kebinasaan! Waktu itu kita akan menyesal dan minta dikembalikan ke dunia semula walaupun sekejap untuk berbakti dan beribadat kepada Allah.
Itulah masanya kita akan menyesal untuk selama-lamanya. Pada hal Allah telah menciptakan semua mahluk berpotensi untuk menjadi berlian yang paling berharga. Apabila seorang insan berhadapan dengan para malaikat dengan berlumuran dengan dosa, malaikat yang pada umumnya lebih besar dan hebat dari manusia, mereka akan kehairanan melihat manusia yang begini kerdil boleh melakukan dosa yang begini banyak.
Rasulullah pernah duduk bersedih memikirkan dosa-dosa yang akan dilakukan umatnya sehingga Allah melihatkan seekor burung tertenggek di sebatang pohon besar Di paruhnya terletak seketul batu dan pohon itu dikelilingi oleh lautan. Allah menjelaskan kalau di ibaratkan pohon itu sebagai dunia, burung itu sebagai umat Muhammad SAW sementara baru yang terletak di paruh burung itu merupakan segala dosa yang dilakukan oleh umatnya. Lautan yang mengelilingi pohon itu merupakan Rahmah dan Maghfirah dari Allah.
Sebab itu kita dianjurkan supaya sentiasa beristighfar memohon keampunan dan setiap hari berusaha untuk membersihkan qalbu kita sebab pada akhir perjalanan hidup kita , kita akan berhadapan dengan Allah dengan hati yang bersih.
Wa Billahi Taufiq wal Hidayah. Wassalam. Al Fateha.